Jamal Tommy
Tuesday, December 6, 2011
Sekitar Majlis Perkahwinan Azril & Ifa
Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar, meskipun hujan turun renyai-renyai, hujan rahmat. Sehari sebelum majlis berlangsung Datuk Radzuan membawa saya mengunjungi ke Vila Puan Sri Akmal yang terletak di seksyen 7, Shah Alam. Agak teruja melihat Vila Puan Seri, sungguh mengasyikkan dan terasa begitu damai sekali. Malam itu kru-kru Pak Abu sedang sibuk meyiapkan segala kelengkapan pelamin dan menghias segala sudut ruang, ternyata hasilnya begitu indah sekali. Keramahan Puan Sri seolah-olah saya dah bertahun-tahun kenal dengannya. Kami disajikan dengan ayam penyet, sungguh enak sekali. Ternyata bau belacan begitu kuat melekat ditangan. Tak lama selepas itu Azaly dan Datuk Syed serta Puan Sri Mazmin tiba, berborak panjang dan bergelak ketawa. Diakhir pertemuan Puan Seri tak lupa menjemput saya agar datang ke majlis perkahwinan anaknya. Ucapan tak terhingga buat Puan Seri Akmal yang begitu peramah dan cukup merendah diri.
Di malam majlis perkahwinan dianggarkan lebih kurang 300 tetamu yang hadir, di antaranya saudara terdekat dan kenalan rapat Puan Seri. Majlis berjalan lancar, hidangan cukup enak sekali dan Puan Seri tak lupa menghadiahkan cenderahati. Layanan Datuk Seri terhadap tetamu yang hadir cukup baik sekali. Tak lekang senyuman di bibir Datuk Seri dan Puan Seri untuk para tetamu. Kedua mempelai tampak begitu menyerlah dengan busana sentuhan Datuk Radzuan Radziwill. Ucapan semoga kalian bahagia dalam melayari bahtera rumahtangga bersama, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Friday, January 7, 2011
Thursday, December 23, 2010
Monday, November 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)